Apakah cara terbaik bagi wanita hamil berbuka puasa?
Tiada
pelan makanan khas yang perlu anda ikuti, tetapi anda boleh mencuba tip-tip
berikut sebagai cara terbaik untuk berbuka. Mulakan dengan:
· - tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula
yang rendah dalam darah);
· - susu atau yogurt rendah lemak;
· - sup jernih.
Kemudian,
makanlah hidangan seimbang yang mengandungi:
· - sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera;
· - protein daripada ayam, daging atau ikan, atau lentil, kacang pis
atau kekacang;
· - karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian
penuh;
·
dan, banyak sayur-sayuran.
Elakkan
hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan
kurang berkhasiat dan mengalami ketakcernaan.
Saya suka minum kopi dan/atau teh selepas berbuka. Bagaimana saya boleh menggantikannya?
Minumlah
jus buah-buahan segar dan bukannya minuman bergas, kopi atau teh. Minuman smoothie yang mengandungi susu, yogurt, ais dan
buah adalah minuman yang menyegarkan dan membekalkan banyak keperluan
buah-buahan harian anda. Sup sayur-sayuran pula membolehkan anda makan
sayur-sayuran berbeza dan memberi vitamin, mineral dan serat tambahan dalam
diet anda.
Apakah yang
perlu saya masukkan dan elakkan dalam diet saya semasa Ramadan?
Untuk
mengekalkan kesihatan semasa berpuasa, amalkanlah tip-tip di atas semasa makan,
dan:
·
Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan
berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti-aktiviti ringan.
·
Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan anda
bangun dan makan sahur.
·
Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk
mengelakkan nyahhidrat.
0 comments on "Panduan wanita mengandung berpuasa"
Post a Comment