Friday, July 5, 2013

Panduan wanita mengandung berpuasa


Apakah cara terbaik bagi wanita hamil berbuka puasa?

Tiada pelan makanan khas yang perlu anda ikuti, tetapi anda boleh mencuba tip-tip berikut sebagai cara terbaik untuk berbuka. Mulakan dengan:
·                              -   tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah);
·                               -  susu atau yogurt rendah lemak;
·                                - sup jernih.
Kemudian, makanlah hidangan seimbang yang mengandungi:
·                              -   sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera;
·                               -  protein daripada ayam, daging atau ikan, atau lentil, kacang pis atau kekacang;
·                                -  karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh;
·                                 dan, banyak sayur-sayuran.
Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketakcernaan. 

Saya suka minum kopi dan/atau teh selepas berbuka. Bagaimana saya boleh menggantikannya?

Minumlah jus buah-buahan segar dan bukannya minuman bergas, kopi atau teh. Minuman smoothie yang mengandungi susu, yogurt, ais dan buah adalah minuman yang menyegarkan dan membekalkan banyak keperluan buah-buahan harian anda. Sup sayur-sayuran pula membolehkan anda makan sayur-sayuran berbeza dan memberi vitamin, mineral dan serat tambahan dalam diet anda. 

Apakah yang perlu saya masukkan dan elakkan dalam diet saya semasa Ramadan?

Untuk mengekalkan kesihatan semasa berpuasa, amalkanlah tip-tip di atas semasa makan, dan:
·                                 Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti-aktiviti ringan.
·                                 Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan anda bangun dan makan sahur.
·                                 Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan nyahhidrat.


0 comments on "Panduan wanita mengandung berpuasa"

Post a Comment

 

Panduan Ibu Mengandung © 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | Images by Tadpole's Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men