Monday, March 26, 2012

Bayi demam kuning atau jaundis

0 comments
Masalah ni biasanay dialami oleh kebanyakan ibu termasuklah saya. Kelima-lima anak saya mengalami jaundis ketika berusia 3/ 4 hari dan akan hilang dalam masa 2 minggu. Alhamdulillah semuanya tak pernah ditahan di wad. Biasanya bayi akan di tahan di wad jika bacaan jaundis adalah 15 mmol ke atas untuk pemeriksaan darah. Darah akan diambil dari kaki bayi... tak perlu risau sbb darah hanya diambil sedikit saja.
Berdasarkan pengalaman saya, untuk mengelakkan bacaan jaundis meningkat, kerapkan bagi bayi minum susu.. seeeloknya susu badan. Kalau mampu setiap satu jam, cuba menyusukan bayi. Penat la skit.. tp bagi saya tu la cara paling berkesan utk anak2 saya. Elakkan bagi bayi minum air sbb susu badan sebenarnya dahpun mengandungi air yang cukup utk bayi. Kalau bagi ibu2 yang menggunakan susu formula, cuba dapatkan nasihat doktor.  Di samping tu, elakkna mengambil jamu utk sementara waktu dan juga memasukkan halia di dalam masakan pantang. InsyaAllah, kuning anak anda akan hilang dalam masa 1/2 minggu. Cuba dapatkan nasihat dari doktor utk langkah merawat bayi jaundis anda.

Pantang larang setelah bersalin

0 comments
Antara pantang larang yang biasanya diamalkan masyarakat melayu adalah:-

- Ibu jari kaki perlu dijaga supaya tidak tersepak atau terhantuk bagi mengelakkan bentan.

- Banyakkan meinum air akar kayu atau memakan jamu selepas bersalin bagi menjaga kesihatan selepas bersalin. Jika keika pantang anak menalami maslah kuning atau jaundis, elakkan memakan jamu untuk mengelakkan kuning meningkat. Sebaliknya bagi bayi menyusu susu badan dengan lebih kerap.

-Elakkan meminum teh atau kopi untuk mengelakkan angin.

- Tidak digalakkan memakan sayur-sayuran sejukseperti bayam, kangkung,lobak putih dan timun.

- Elakkan memakan ikan yang berbisadan gatal seperti keli,puyu, semilang,terubuk, ikan pari, udang dan sebagainya.

- Elakkan juga memakan buah-buahan sejuk seperti rambutan, langsat, duku dan tembikai.
 

Panduan Ibu Mengandung © 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | Images by Tadpole's Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men