Kubis
Gunakan cara measak iaitu tumis dan goreng. Hiriis sayur kubis dan tumis dengan minyak zaitun atau minyak bijan ditambah dengan sesudu mentega. Pastikan sayur yang digoreng tidak terlalu layu.
Lobak merah
Masak lobak merah dengan satu sudu minyak, 1 cawan air dan satu sudu gula. Masak lobak merah berukuran sederhana sebiji-sebiji dan potong setelah ia masak. Selain itu, ia juga sesuai dipanggang.
Brokoli
Panggang di dalam ketuhar, tumis atau kukus dengan tauran garam dan siraman minyak zaitun. Jika memilih untuk mengukusnya, periksa setiap lima minit untuk memastikan teksturnya sudah empuk dan segera diangkat.
Labu kuning
Kukus, panggang atau goreng dengan sedikit minyak zaitun atau minyak bijan.
Sayur yang bertekstur keras (sawi hijau, kubis bunga dan lain2)
Tumis dengan minyak zaitun atau mentega,. Jika daunnya keras dan berserat, buang pangkalnya dan gulung daunnya menyerupai bentuk pokok dan potong agar lebih cepat.
Sayuran bertekstur lembut (bayam, salad)
Kukus dengan cepat atau tumis dengan sedikit minyak zaitun.
Saturday, July 6, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments on "Cara sihat memasak sayur"
Post a Comment