Thursday, July 25, 2013

Kosmetik bermerkuri

0 comments
Ciri-ciri kosmetik yang mempunyai bahan bermerkuri..so!! awas yer kawan-kawan..sila pastikan ciri-ciri berikut tiada dalam alat kosmetik anda:

1. Krim lekit
2. Bila kita membasuh muka, air tidak telap
3. Wangian yang sangat kuat menyengat hidung
4. Kebanyakkan menggunakan warna yang kuat, dan sebahagian keluaran produk mengguna bahan pewarna tekstil
5. Kulit terasa panas & gatal
6. Bila terkena matahari, muka akan kemerahan & berpeluh menyebabkan keradangan pada kulit
7. Kulit menjadi cerah dalam tempoh beberapa hari (kurang 1 minggu, bergantung dengan kadar merkuri, makin tinggi kandungan makin cepat memberi kesan kulit cerah) seakan warna pucat dibandingkan dengan kulit wajah asal
8. Tidak timbul jerawat sama sekali (kerana kandungan merkuri menyebabkan lapisan epidermis rosak & kulit kehilangan protien & melanin yang berfungsi melindungi radiasi cahaya matahari juga sudah tidak berfungsi.
9. Pori-pori tampak mengecil & halus dalam tempoh beberapa hari (tanda2x yang senang dilihat & dirasai, bila terkena cahaya matahari, kulit kemerahan, terasa terbakar & gatal2x..ini kerana kulit semakin menipis. Pada produk sebenar (yang tiada merkuri, kulit tidak akan merasa iritasi - kemerahan/gatal2x/terasa terbakar)
10. Bila pemakaian dihentikan, timbul jerawat kecil disertai rasa gatal1
11. Bila pemakaian dihentikan, jeragat (tompok-tompok hitam) timbul
12. Warna cerah pada kulit lama-kelamaan akan menjadi seakan abu-abu lalu selanjutnya kehitaman
13. Boleh menyebabkan kematian, sekiranya pemakaian berlanjutan
14. Boleh menyebabkan kecacatan pada JANIN (sekiranya ibu mengandung)

Wednesday, July 10, 2013

5 KOSMETIK MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL

0 comments
Bakal-bakal ibu sekalian, beware of the cosmetic used daily..

5 KOSMETIK MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL

KUALA LUMPUR 15 Mei - Kementerian Kesihatan berjaya mengesan lima produk kosmetik yang mengandungi racun berjadual iaitu betamethasone dan logam merkuri yang tidak dibenarkan dijual di Malaysia.

Antara produk tersebut ialah Cellnex Anti Sensitive Essence Treatment keluaran Europe Cosmeceutical Industries Sdn. Bhd. yang mengandungi betamethasone manakala Natural 99 Night Cream dan Natural 99 Day Cream masing-masing keluaran Auraqu Enterprise dikesan terdapat logam merkuri.

Dua lagi produk keluaran SF Infinity Resources, SF Beauty Night Cream (Facial) dan SF Beauty Day Cream (Facial) turut dikesan mengandungi racun berjadual merkuri.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasinya, Datuk Eisah A. Rahman berkata, betamethasone adalah sejenis kortikosteriod yang biasanya digunakan dalam rawatan masalah kulit seperti ekzema, serborrhoeic dermatitis, psoriasis dan alahan kulit.

Jelasnya, penggunaan jangka panjang bahan ini tanpa pengawasan boleh mengakibatkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, kesan rekahan, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko diserap masuk dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.

"Produk kosmetik yang dicampur dengan logam merkuri bagi tujuan mencerahkan kulit dan rawatan anti penuaan pula adalah tidak dibenarkan kerana boleh mengakibatkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf, selain mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang terdedah dengan bahan ini.

"Justeru, pengguna dinasihat untuk mengelak daripada mengguna dan membeli produk-produk yang mengandungi racun berjadual berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Eisah, pihak syarikat yang bertanggungjawab ke atas notifikasi produk berkenaan telah dinasihat dan diarah untuk memberhentikan penjualan dan pembekalan dengan serta-merta serta menarik balik produk dalam tempoh 72 jam.

"Syarikat yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000.

"Penjual juga diingatkan, pemilikan produk-produk ini juga boleh disabit kesalahan di bawah peraturan sama yang memperuntukan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130516/dn_23/5-kosmetik-mengandungi-racun-berjadual#ixzz2XmaDAL9b
© Utusan Melayu (M) Bhd

Monday, July 8, 2013

Posisi Tidur yang betul untuk ibu hamil

0 comments
Kebanyakan ibu hamil akan mengalami masalah untuk tidur kerana perut yang semakin membesar. Di bawah adalah cara / posisi tidur yang betul oleh ibu yang sedang mengandung.

1- Tidur mengiring ke kiri
Ini bagi melancarkan pengaliran darah ke tahap yang optimum dari tubuh kembali ke jantung.

2- Hindari tidur terlentang
Ini untuk mengelakkan anda menekan usus dan vena besar yang menggangu aliran darah untuk kembali ke bahagian jantung. Ia juga mempengaruhi tekanan darah bagi sesetengah ibu.

3-Gunakan bantal sebagai sokongan
Letakkan sebiji bantal samada di bawah perut atau kaki.

4- Bantal kehamilan bantu tidur yang selesa
Ini bagi membantu ibu hamil mengamalkan postur tidur yang selesa.

Saturday, July 6, 2013

Cara sihat memasak sayur

0 comments
Kubis
Gunakan cara measak iaitu tumis dan goreng. Hiriis sayur kubis dan tumis dengan minyak zaitun atau minyak bijan ditambah dengan sesudu mentega. Pastikan sayur yang digoreng tidak terlalu layu.

Lobak merah
Masak lobak merah dengan satu sudu minyak, 1 cawan air dan satu sudu gula. Masak lobak merah berukuran sederhana sebiji-sebiji dan potong setelah ia masak. Selain itu, ia juga sesuai dipanggang.

Brokoli
Panggang di dalam ketuhar, tumis atau kukus dengan tauran garam dan siraman minyak zaitun. Jika memilih untuk mengukusnya, periksa setiap lima minit untuk memastikan teksturnya sudah empuk dan segera diangkat.

Labu kuning
Kukus, panggang atau goreng dengan sedikit minyak zaitun atau minyak bijan.

Sayur yang bertekstur keras (sawi hijau, kubis bunga dan lain2)
Tumis dengan minyak zaitun atau mentega,. Jika daunnya keras dan berserat, buang pangkalnya dan gulung daunnya menyerupai bentuk pokok dan potong agar lebih cepat.

Sayuran bertekstur lembut (bayam, salad)
Kukus dengan cepat atau tumis dengan sedikit minyak zaitun.


Panduan memilih nama bayi

0 comments
Nama anak melambangkan identiti ibu bapanya. Apatah lagi, nama itu adalah doa dan harapan ibu bapa kepada anak mereka. Sabda Rasulullah bermaksud, "Kamu sekalian pada hari kiamat akan dipanggil dengan nama kamu dan nama bapa kamu, maka hendaklah kamu memperelokkan nama kamu.", Hadis riwayat Abu Daud.

Jadi pilihlah nama yg baik maksudnya supaya kita mendoakan kebaikan kepada naka-anak kita. Apa komen anda dengan nama moden anak-anak pada hari ini...cth... Qaseh, cahaya, dn etc
 

Panduan Ibu Mengandung © 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | Images by Tadpole's Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men