Thursday, July 25, 2013

Kosmetik bermerkuri


Ciri-ciri kosmetik yang mempunyai bahan bermerkuri..so!! awas yer kawan-kawan..sila pastikan ciri-ciri berikut tiada dalam alat kosmetik anda:

1. Krim lekit
2. Bila kita membasuh muka, air tidak telap
3. Wangian yang sangat kuat menyengat hidung
4. Kebanyakkan menggunakan warna yang kuat, dan sebahagian keluaran produk mengguna bahan pewarna tekstil
5. Kulit terasa panas & gatal
6. Bila terkena matahari, muka akan kemerahan & berpeluh menyebabkan keradangan pada kulit
7. Kulit menjadi cerah dalam tempoh beberapa hari (kurang 1 minggu, bergantung dengan kadar merkuri, makin tinggi kandungan makin cepat memberi kesan kulit cerah) seakan warna pucat dibandingkan dengan kulit wajah asal
8. Tidak timbul jerawat sama sekali (kerana kandungan merkuri menyebabkan lapisan epidermis rosak & kulit kehilangan protien & melanin yang berfungsi melindungi radiasi cahaya matahari juga sudah tidak berfungsi.
9. Pori-pori tampak mengecil & halus dalam tempoh beberapa hari (tanda2x yang senang dilihat & dirasai, bila terkena cahaya matahari, kulit kemerahan, terasa terbakar & gatal2x..ini kerana kulit semakin menipis. Pada produk sebenar (yang tiada merkuri, kulit tidak akan merasa iritasi - kemerahan/gatal2x/terasa terbakar)
10. Bila pemakaian dihentikan, timbul jerawat kecil disertai rasa gatal1
11. Bila pemakaian dihentikan, jeragat (tompok-tompok hitam) timbul
12. Warna cerah pada kulit lama-kelamaan akan menjadi seakan abu-abu lalu selanjutnya kehitaman
13. Boleh menyebabkan kematian, sekiranya pemakaian berlanjutan
14. Boleh menyebabkan kecacatan pada JANIN (sekiranya ibu mengandung)

0 comments on "Kosmetik bermerkuri"

Post a Comment

 

Panduan Ibu Mengandung © 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | Images by Tadpole's Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men