Sunday, August 26, 2012

Amalan ketika mengandung


Dikongsikan beberapa doa dan surah yang boleh diamalkan sepanjang mengandung dan selepas bersalin. Mudah-mudahan membantu anda semua menjalani proses kehamilan dengan selesa dan mendapat apa yang dihajatkan. InsyaAllah.

Surah bacaan ketika mengandung

Surah Al-Fatihah : Untuk terang hati dan kuat ingatan
Surah Maryam : untuk memudahkan ibu bersalin dan memperoleh anak yang sabar dan taat
Surah Luqman: untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa.
Surah Yusuf: untuk memperoleh anak cantik rupa dan cantik akhlak.
Surah al-Hujurat: untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.
Surah Yasin: untuk keenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
Surah at-Tawbah: utnuk mebersihkan jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
Surah an-Nahl: untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

Sumber: www.facebook.com/UstazDonDaniyalDonBiyajid

Doa Lembut Hati anak.

1- Mulakan dengan membaca surah Al-Fatihah : 1x
2- Baca surah Al-Harsh: Ayat 21 yang bermaksud: "Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.
3- Baca surah Taha, ayat 1-ayat 5
4- Kemudian berdoa:
" Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Engkau melembutkan bagi Daud akan besi."

Boleh dibaca lalu ditiup di ubun-ubun, atau dibaca pada air dan diberi minum, atau dibacakan dengan tangan kanan diletakkan di jantung.

Follow kami di Wajada Shoppe

0 comments on "Amalan ketika mengandung"

Post a Comment

 

Panduan Ibu Mengandung © 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | Images by Tadpole's Notez | Blog Templates created by Web Hosting Men